Jadi Ahli Koperasi Kariah Masjid Abu Al-Darda' Nilai Impian
Sertai KMAAD dan jadilah sebahagian daripada usaha memacu ekonomi kariah sambil menyokong pembangunan Masjid Abu Al-Darda', Nilai Impian.
Syarat-Syarat Menjadi Ahli
- Warganegara Malaysia.
- Mencapai umur 18 tahun.
- Bermastautin, bekerja atau mempunyai tanah di dalam kawasan operasi koperasi.
Bukan seorang yang:
- Tidak upaya dari segi mental.
- Bangkrap yang belum dilepaskan.
- Terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar.
- Telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta dalam tempoh satu tahun.
Proses Permohonan
Lengkapkan borang + salinan K/P + maklumat 2 penama + Fi Masuk RM50 + Syer RM100/unit (minimum).
Kelulusan dipertimbangkan; makluman bertulis diberi dalam 30 hari dari tarikh mesyuarat.
Jika lulus: surat penerimaan, Sijil Syer & salinan Undang-Undang Kecil. Jika ditolak: fi & syer dikembalikan.
Soalan Lazim Keahlian
Berapa fi masuk dan syer minimum?
Fi masuk RM50.00 dan syer minimum RM100 seunit, dibayar ke akaun koperasi 8881 0725 0875 8 (AmBank Berhad).
Siapa yang layak memohon?
Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang bermastautin/bekerja/mempunyai tanah dalam kawasan operasi koperasi.
Berapa lama proses kelulusan?
Makluman bertulis diberikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh Mesyuarat ALK yang meluluskan permohonan.
Apa jika permohonan ditolak?
Fi masuk dan syer yang telah dibayar akan dikembalikan sepenuhnya kepada pemohon.
Borang Permohonan Menjadi Anggota
Sila lengkapkan borang 4 langkah di bawah. Muat naik dokumen dan resit pembayaran anda dalam Langkah 3.